This beautiful flower is called Bunga Kemboja in the Malay language. “Bunga” is flower, and the tree is called Pokok Kemboja. Most frangipanis in Malaysia are either white, yellow or pink in colors.
Frangipani trees are commonly planted in cemeteries of the Malay-Muslim Malaysians. This may be because of the fragrance of the flowers and the appearance of a relatively high tree with a lot of branches where the tree might be used as a mark in locating graves. There is also a superstition that links this tree as a stopover for ghosts and vampires, and consequently there are a few who become afraid to plant the frangipani tree or even come near it. However, this is merely the superstitious act of those who are weak-minded and lacked knowledge. In fact, frangipanis are so beautiful to look at, and its fragrance evokes aromatherapy that are so peaceful to the mind and soul.
There are several companies using the name of this flower in English (Frangipani) in Malaysia, for example, The Frangipani Langkawi Resort & Spa in Langkawi and Frangipani Restaurant & Bar, a contemporary French cuisine restaurant in Kuala Lumpur. However, not many organizations are using the name of this flower in Malay (Kemboja), just a few, such as the Kemboja Apartment in Ampang, and Kemboja Lane in Shah Alam.
Bunga Kemboja
Bunga yang cantik ini dipanggil Bunga Kemboja. Kebanyakan bunga kemboja di Malaysia berwarna sama ada putih, kuning atau merah samar.
Pokok Kemboja lazimnya ditanam di tanah perkuburan Melayu-Islam Malaysia. Ini mungkin kerana keharuman bau bunganya dan rupa bentuk pokoknya yang agak tinggi dengan dahan yang bercabang-cabang yang memungkinkan ia digunakan sebagai tanda dalam mencari lokasi kubur. Ada juga kepercayaan karut yang mengaitkan pokok ini sebagai tempat persinggahan hantu dan pontianak, dan akibatnya ada segelintir orang yang menjadi takut untuk menanam pokok kemboja mahupun mendekatinya. Walaubagaimanapun, ini sekadar perbuatan khurafat mereka yang berjiwa lemah dan kurang ilmu. Pada hakikatnya, bunga kemboja itu sungguh cantik dipandang mata, dan keharumannya menerbitkan aromaterapi yang mendamaikan jiwa dan minda.
Ada beberapa syarikat yang menggunakan nama bunga ini dalam Bahasa Inggeris (Frangipani) di Malaysia, misalnya The Frangipani Langkawi Resort & Spa di Pulau Langkawi dan Frangipani Restaurant & Bar, sebuah restoran masakan Perancis kontemporari di Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun tidak banyak organisasi yang menggunakan nama bunga ini dalam Bahasa Melayu (Kemboja), sekadar terdapat beberapa penggunaan seperti Apartmen Kemboja di Ampang, dan Lorong Kemboja di Shah Alam.
No comments:
Post a Comment